semuanya bermula di sini
tidak di sana dan
bukan di situ
setiap yang berakhir
akan datang dari permulaan
yang di atas terpacak dari bawah
semuanya bermula di sini
kerana ia adalah tapak
sebuah bangunan cita-cita
semuanya bermula di sini
sebuah niat yang terbit
memenuhi sebuah kehendak
bukankah semuanya bermula di sini;
dari sekeping hati di sanubari?
-juffri supa'at-
sebuah puisi yang amat mudah difahami. sering menjadi peringatan akan pentingnya niat tatkala hendak melakukan sesuatu. niat sememangnya merupakan asas permulaan sesuatu yang ingin dilakukan. maka pada saat ini, bermulalah suatu usaha untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. insyallah melalui ruang ini, maka wujudlah seorang individu yang lebih prihatin akan penggunaan bahasa ibundanya. diharap melalui ruang inilah, akan diasah kebolehan untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi. melalui ruang ini, insyaallah tercapailah niat murni yang disemai...
-sang kancil-

Wednesday, October 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment