Showing posts with label komat-kamit. Show all posts
Showing posts with label komat-kamit. Show all posts

Wednesday, November 14, 2007

sekadar....

ini sekadar....
untuk membuang masa.
ini sekadar....
untuk menanti tiba waktunya....

adat meminang

Tuesday, January 16, 2007

pengalaman pengajaran mikro

selamat pagi semua!
ucapan permulaan memberi isyarat
senyuman terukir tatkala diberi hormat
dengan itu mulalah rakaman
manira bintang lakonan
akan cuba dibayangkan
beginilah yang sebenarnya
akan cuba ditunjukkan
manira berkeyakinan
manira guru impian

aktiviti telah dirancangkan
berbekalkan pengetahuan dan pengalaman
yang penting mereka tidak bosan
yang dimahukan mereka faham pengajaran
yang diharapkan tercapai metlamat yang dilakarkan
bersilir-ganti menjadi guru
diperhati setiap tingkah-laku
perasaan gementar hilang segera
melihat mereka penuh ghairah
beginiah yang diharapkan nanti
tatkala berada di dunia realiti

setiap yang mula ada akhirnya
tantap diduga tibalah masa
manira mengundur diri
dengan kebanggaan berputik di hati
mendengar ucapan "syabas!" di penghujung
menandakan kejayaan percubaan yang terulung

*manira=aku

-sang kancil-

Monday, January 15, 2007

apakah natijahnya nanti?

Adakah ini yang aku mahukan?
sekian lama mendamba impian
melalui perit jerih
demi menggenggam gulungan putih
Namun ...
Adakah ini yang benar-benar aku mahukan?
bertapak melangkah ke satu arah
arah yang terpilih
ke destinasi yang diidamkan
satu hala, tiada persinggahan
terus-menerus ke arah sebuah mimpi
berkat pengaruh dan inspirasi
yang berputik dari kecil lagi
Namun...
Adakah yang aku mahukan ini
benar-benar yang aku mahukan?
masih adakah aku pilihan?
bolehkah aku bertukar fikiran?
dilemma tidak henti kunjungnya
kecelaruan tiada terhingga
aku perlukan kekuatanMu
aku rindu mendengar pendapatmu
manakah keyakinan hari semalam?
memberi semangat mengejar mimpi
mimpi yang kini belum pasti...
akan menjadi realiti.

Apakah natijahnya nanti...
kalau aku berbalik hati?

-sang kancil-

Friday, October 20, 2006

tak kena.

serba tak kena


bila
cakap dikata lancang
diam dikata biadap
runsing aku dibuatnya
semua perkara tidak kena...

-sang kancil-

renungan...

renunganku

renunganku
tiada putus arusnya
tiada hala
tiada arah
apa sahaja yang datang menerpa
itulah menjadi santapan minda

sarinya
tidak kira kecil
tidak kira besar
tidak kira hubungkaitannya
tidak kira kerelevanannya
asal menjadi tanda tanya
itulah yang bermain di minda

kadangkala
hanya buat sejenak
adakala
berhari-hari di benak
renunganku
tidak ikut peraturan
datang perginya tanpa dugaan
tempoh kunjungannya tiada ketetapan
baik ada penyelesaian
atau tergantung tanpa kesimpulan
pentingnya telah menjadi sebuah renungan...

-sang kancil-

Tuesday, October 17, 2006

renunganku....

Bagaimanakah dapat aku sebagai guru menarik minat pelajar terhadap sastera?


Sememangnya semenjak di bangku sekolah rendah lagi, aku sudah mula berjinak-jinak dengan sastera tatkala berlumba-lumba menjawab pantun teka-teki yang diberi guruku. kemudian terbitlah minat untuk cuba menulis pantun 4 kerat. Tanpa disedari, aku mempelajari dan mula mendekati sastera tanpa mengetahui bentuk sastera itu. Dari pengalaman ini, maka aku benar-benar percaya bahawa cara yang terbaik untuk meminatkan pelajar terhadap sastera ialah dengan melakukanya secara tidak langsung... tanpa mereka ketahui yang apa yang meraka mempelajari, yang seronok dan menarik sebenarnya merupakan pengajaran sastera!

mungkin juga, aku boleh mendedahkan mereka pada jenis-jenis sastera yang mungkin telah mereka kenali dan rapat dengan diri mereka hanya mereka tidak sedar itu semua boleh digolongkan dalam "sastera". Tentunya, banyak tanggapan tentang sastera berligar pada sastera klasik dan pengajaran2 yang abstrak dan tidak relevan dengan diri mereka kini. Dan tanggapan sebegitu harus dibetulkan...kerana sememangnya sastera bukan hanya untuk yang "terpandai" dan "terpilih". Cthnya: drama, lirik lagu, komik dsbnya.

selalunya, jika murid-murid dapat melihat kerelevenan sesuatu perkara itu, mereka mungkin akan lebih tertarik. Salah satu cara ialah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kelas yang melibatkan mereka untuk menggunakan contoh-contoh yang mereka dapati dalam diri atau pengalaman mereka sendiri. Contohnya, jika membincangkan tentang watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera, mereka boleh cuba merenung tentang perwatakan kawan-kawan mereka dan kemudian meletakkan apa yang ditulis tentang perwatakan kawan-kawan lain ke dalam cawan individu masing-masing. Kemudian mereka harus melihat sama ada apa yang mereka sangkakan tentang diri mereka sama seperti apa yang ditulis rakan-rakan lain. Kemudian murid-murid boleh berkongsi dan memberi hujah mengapa mereka mengatakan sedemikian tentang rakan-rakan mereka. Dari sini mereka akan mempelajari bahawa perwatakan seseorang itu dilihat dari bukti-bukti kelakuannya. Akan diterangkan bahawa beginilah cara mereka mengkaji aspek watak dan perwatakan dalam teks sastera. dan seterusnya...

yg pentingnya, murid-murid harus dapat melihat bahawa aku sendiri benar-benar minat dengan sastera dan kesungguhanku mengajar mereka boleh menjadi sesuatu inspirasi yang dapat melembutkan hati mereka dan membuat mereka selesa berjinak-jinak dengan sastera.



Apakah bahan-bahan sastera yang dapat aku gunakan untuk merancakkan kelas sastera?

Bahan-bahan seperti video, lagu-lagu, permainan bahasa, buku besar, gambar-gambar, pelajaran di luar kelas, benda-benda alam semulajadi seperti daun, batu dsbnya; buku-buku cerita klasik, puisi dsbnya.



Aspek pembangunan diriku yang perlu dipupuk dan ditingkatkan melalui sastera untuk menyiapkan diriku sebagai guru sastera yang berinspirasi.


Aku harus mendedahkan diri kepada jenis-jenis sastera yang ada, baik moden dan klasik dan cuba menggabungjalinkan kedua-duanya semoga dapat digunakan untuk pengajaran kelak."contemporarise the classics". Ini bermaksud, aku harus rajin membaca teks-teks dan lebih bergiat dalam mencari dan mengumpul bahan-bahan.

Selain itu, aku juga harus sentiasa mencari kaedah-kaedah mengajar dengan sentiasa melihat dunia dari kaca mata murid-murid yang dalam usia remaja mereka. Setiap bahan yang aku ada, harus aku menganalisa cara pengajarannya gar dapat diterima para pelajar.

Pengetahunanku tentang sastera juga harus ditingkatkan demi mengajar dan menjawab soalan-soalan mereka kerana bagi yang baru didedahkan dengan sastera, pastinya banyak yang akan dipersoalkan.

Aku juga harus sentiasa mengemaskinikan pengetahunanku tentang perkembangan dunia remaja... industri perfileman, muzik dsbnya keran mungkin inilah yang akan menjadi bahan-bahan pengajaran sastera kelak.

-sang kancil-

Wednesday, October 11, 2006

zaman remaja...

Zaman Pancaroba

Berada di persimpangan
penuh permasalahan
persoalan demi persoalan
cabaran
datang bergiliran



Zaman pencarian
Pejuang identiti perseorangan
Demi penerimaan
Pengalaman
membentuk masa depan



zaman kekurangan
Penagih perhatian
Dahagakan penghargaan
Pemahaman
Kunci pendamaian



zaman pemberontakan
Protes kebiasaan
Pematangan fikiran
Pergelutan perasaan
Pedoman
bantu ke pangkalan



zaman remaja
zaman penuh pancaroba

-sang kancil-

Sunday, October 08, 2006

keindahan yg sementara



keindahan yang sementara


seronok dilihat
nyaman dirasa
namun
andainya tidak dijaga
mentelah tanpa diduga
fanalah akhirnya.

-sang kancil-

Wednesday, October 04, 2006

bermulanya ia di sini

semuanya bermula di sini
tidak di sana dan
bukan di situ

setiap yang berakhir
akan datang dari permulaan
yang di atas terpacak dari bawah

semuanya bermula di sini
kerana ia adalah tapak
sebuah bangunan cita-cita

semuanya bermula di sini
sebuah niat yang terbit
memenuhi sebuah kehendak

bukankah semuanya bermula di sini;
dari sekeping hati di sanubari?


-juffri supa'at-

sebuah puisi yang amat mudah difahami. sering menjadi peringatan akan pentingnya niat tatkala hendak melakukan sesuatu. niat sememangnya merupakan asas permulaan sesuatu yang ingin dilakukan. maka pada saat ini, bermulalah suatu usaha untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. insyallah melalui ruang ini, maka wujudlah seorang individu yang lebih prihatin akan penggunaan bahasa ibundanya. diharap melalui ruang inilah, akan diasah kebolehan untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi. melalui ruang ini, insyaallah tercapailah niat murni yang disemai...

-sang kancil-