Tuesday, October 17, 2006

renunganku....

Bagaimanakah dapat aku sebagai guru menarik minat pelajar terhadap sastera?


Sememangnya semenjak di bangku sekolah rendah lagi, aku sudah mula berjinak-jinak dengan sastera tatkala berlumba-lumba menjawab pantun teka-teki yang diberi guruku. kemudian terbitlah minat untuk cuba menulis pantun 4 kerat. Tanpa disedari, aku mempelajari dan mula mendekati sastera tanpa mengetahui bentuk sastera itu. Dari pengalaman ini, maka aku benar-benar percaya bahawa cara yang terbaik untuk meminatkan pelajar terhadap sastera ialah dengan melakukanya secara tidak langsung... tanpa mereka ketahui yang apa yang meraka mempelajari, yang seronok dan menarik sebenarnya merupakan pengajaran sastera!

mungkin juga, aku boleh mendedahkan mereka pada jenis-jenis sastera yang mungkin telah mereka kenali dan rapat dengan diri mereka hanya mereka tidak sedar itu semua boleh digolongkan dalam "sastera". Tentunya, banyak tanggapan tentang sastera berligar pada sastera klasik dan pengajaran2 yang abstrak dan tidak relevan dengan diri mereka kini. Dan tanggapan sebegitu harus dibetulkan...kerana sememangnya sastera bukan hanya untuk yang "terpandai" dan "terpilih". Cthnya: drama, lirik lagu, komik dsbnya.

selalunya, jika murid-murid dapat melihat kerelevenan sesuatu perkara itu, mereka mungkin akan lebih tertarik. Salah satu cara ialah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kelas yang melibatkan mereka untuk menggunakan contoh-contoh yang mereka dapati dalam diri atau pengalaman mereka sendiri. Contohnya, jika membincangkan tentang watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera, mereka boleh cuba merenung tentang perwatakan kawan-kawan mereka dan kemudian meletakkan apa yang ditulis tentang perwatakan kawan-kawan lain ke dalam cawan individu masing-masing. Kemudian mereka harus melihat sama ada apa yang mereka sangkakan tentang diri mereka sama seperti apa yang ditulis rakan-rakan lain. Kemudian murid-murid boleh berkongsi dan memberi hujah mengapa mereka mengatakan sedemikian tentang rakan-rakan mereka. Dari sini mereka akan mempelajari bahawa perwatakan seseorang itu dilihat dari bukti-bukti kelakuannya. Akan diterangkan bahawa beginilah cara mereka mengkaji aspek watak dan perwatakan dalam teks sastera. dan seterusnya...

yg pentingnya, murid-murid harus dapat melihat bahawa aku sendiri benar-benar minat dengan sastera dan kesungguhanku mengajar mereka boleh menjadi sesuatu inspirasi yang dapat melembutkan hati mereka dan membuat mereka selesa berjinak-jinak dengan sastera.



Apakah bahan-bahan sastera yang dapat aku gunakan untuk merancakkan kelas sastera?

Bahan-bahan seperti video, lagu-lagu, permainan bahasa, buku besar, gambar-gambar, pelajaran di luar kelas, benda-benda alam semulajadi seperti daun, batu dsbnya; buku-buku cerita klasik, puisi dsbnya.



Aspek pembangunan diriku yang perlu dipupuk dan ditingkatkan melalui sastera untuk menyiapkan diriku sebagai guru sastera yang berinspirasi.


Aku harus mendedahkan diri kepada jenis-jenis sastera yang ada, baik moden dan klasik dan cuba menggabungjalinkan kedua-duanya semoga dapat digunakan untuk pengajaran kelak."contemporarise the classics". Ini bermaksud, aku harus rajin membaca teks-teks dan lebih bergiat dalam mencari dan mengumpul bahan-bahan.

Selain itu, aku juga harus sentiasa mencari kaedah-kaedah mengajar dengan sentiasa melihat dunia dari kaca mata murid-murid yang dalam usia remaja mereka. Setiap bahan yang aku ada, harus aku menganalisa cara pengajarannya gar dapat diterima para pelajar.

Pengetahunanku tentang sastera juga harus ditingkatkan demi mengajar dan menjawab soalan-soalan mereka kerana bagi yang baru didedahkan dengan sastera, pastinya banyak yang akan dipersoalkan.

Aku juga harus sentiasa mengemaskinikan pengetahunanku tentang perkembangan dunia remaja... industri perfileman, muzik dsbnya keran mungkin inilah yang akan menjadi bahan-bahan pengajaran sastera kelak.

-sang kancil-

No comments: