Thursday, January 24, 2008

Akhiran Kata Kerja -kan dan -i

Contoh-contoh:

1) Tolong lebarkan lipatan kain ini.
2) Pergerakan tarian itu kami halusi.

Cuba bina ayat untuk menunjukkan makna:

1)dekatkan
2)dekati

Akhiran -kan menyatakan makna bahawa objek yang menerima kesan perbuatan dengan kata kerja apitan men..kan bergerak dari tempatnya ke arah lain, tetapi tidak ke arah subjek yang melakukan perbuatan itu.


contoh:
Ali mendekatkan meja ke dinding
Objek: meja
Perbuatan: mendekatkan
--> meja itu digerakkan ke arah dinding dan bukan Ali

Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai atau yang menerima kesan perbuatan dengan kata kerja berapitan men...i tidak bergerak.


Contoh:
Ali mendekati meja.
Objek: meja
Perbuatan: mendekati
--> ali yang bergerak ke arah meja, meja(objeknya) tidak bergerak

Bina ayat untuk menunjukkan perbezaan antara menerangkan dan menerangi.

No comments: