Monday, March 24, 2008

bonda ku sanjung, ayah ku agung.




Apakah yang ingin disampaikan melalui lagu ini? Apakah mesej utamanya?

13 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya, tujuan lagu ini adalah untuk mengenang jasa ibu bapa. Lagu ini mengatakan tentang pengorbanan yang mereka sanggup mengambil demi keselamatan, keselesaan dan kegembiraan kami. Ibu bapalah juga yang membimbing dan menyokong kami dalam apa impian yang ingin kami mengejar. Sayang mereka kepada kami tidak berhujung.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, ibu bapa sentiasa berkorban untuk anak-anak mereka. Mereka telah mengambil berat keselamatan dan mereka akan sentiasa menyokong kami pada masa yang susah. Bapa-bapa kami, yang telah berkorbankan masa, tenaga dan keselesaanya kepada kami. Ibu pula telah menjaga kami semenjak kami masih kecil hingga sekarang. Sayangilah mereka.

Anonymous said...

Pada umumnya, saya rasa lagu tersebut adalah untuk menunjukkan tentang apa yang semua ibu bapa kami telah melalui, iaitu cabaran yang mereka hadapi ketika menjaga kita. Mengikut lagu ini, ia menunjukkan bahawa kita seharusnya bersyukur dan harus mengenang jasa mereka yang tidak bloeh dibalas. Contohnay, ibu kita telah dengan susahnya mengandungkan kita dan menjaga kita hingga menjadi seorang insan yang, Alhamdulillah, sihat dan sempurna. Lagu ini juga mengingatkan kami bahawasanya ibu bapa kita berkorban dan sanggup membuat apa sahaja yang mereka mampu untuk menolong kita mahupun dari segi dorongan ataupun dalam segi kewangan. Ajdi, lagu ini menganjurkan kita supaya memberi kasih sayang kita yang tidak berbatas kepada ibu bapa kami sebagai mana mereka menyayangi kami.

Anonymous said...

Lagu ini penuh bermakna.Makna-makna ini sangat mendalam dan penting dalam hidup.Lagu ini mengingatkan kami tentang kepentingan ibu bapa kepad anak-anaknya.Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam hidup kami semua.Ibu bapa yang membesarkan kita,mendidik dan menasihatkan kita.Sayangilah mereka dan berterima kasih kepada ibu bapa.

Anonymous said...

Mesej utama lagu ini ialah untuk mengenang jasa ibubapa kita. Ini kerana mereka sudah bertungkus lumus untuk membesarkan kita dengan memberikan keperluan asas kita seperti makanan, persekolahan dan tempat tinggal yang selesa. Tanpa mereka, kita tidaklah akan hadir dalam dunia ini. Lagu ini juga menyatakan betapa besar ibubapa kita berkorban demi kita dengan melalui cabaran dan kesusahan yang datang secara bertubi-tubi. Dengan itu, kita haruslah bersyukur kerana mendapati ibubapa yang saling menyayangi dan mengambil berat tentang kita. Sayangi ibubapa kita dan ingatlah pergorbanan mereka untuk kita. Janganlah mensia-siakan semua usaha membesarkan kita...

aHiTo said...

Lugu ini menerangkan jasa kita kepada ibubapa, dan memancarkan pengorbanan ibubapa. ia menunjukkan pengorbanan mereka untuk keselamatan dan kegembiraan kami. Mereka juga akan selalu belakang kami untuk menyokong dan menolak kami untuk mara ke depan.

konstantin_hansel said...

Pada pendapat saya, tujuan utama lagu ini ialah untuk mengingatkan kita tantang pengorbanan ibubapa kami telah melakukan kerana mereka sayang kita. Lagu ini mengatakan bahawa telah membesarkan dan mendidik kita supaya menjadi seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Kami tidak boleh lupa tentang pengorbanan ibubapa kami.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, lagu in merayai pencapaian ibubapa seluruh dunia dan pada masa yang sama, mengenang jasa mereka kerana mereka sudah berusaha setiap hari semenjak kami kecil hingga sekarang tanpa berputus asa walaupun jalannya penuh dengan cabaran. Mereka pun sanggup berkorban demi kebahagian kami.

Anonymous said...

Lagu ini menunjukkan bahawa orang yang paling sayang awak di dalam dunia ini ialah ibu bapa, yang dengan betapa susah sanggup memberi kami dengan kehidupan yang baik.

Muz said...

Pada pendapat saya, lagu ini menerangkan tentang semua pengorbanan yang telah ibu bapa kita lalui supaya kita selamat dan bahagia. Kita tidak akan menjadi pandai jika ibu bapa kita tidak bekerja keras bagi mendapatkan perlajaran yang terbaik untuk kita. Kita tidak akan sihat jika ibu bapa kita tidak membawa kita ke hospital atau klinik ketika kita sakit. Pendek kata, kita tidak akan sempurna jika ibu bapa kita tidak berkorban untuk kita.

mdaizat95 said...

Pada pendapat saya tujuan utama lagu ini adalah untuk menunjuk bahawa ibubapa kita yang sentiasa berkorban untuk kita. Mereka tidak akan tinggalkan kita jika kita menghadapi masalah dan akan sentiasa menyokong kita. Lagu ini pun menunjuk bahawa kita mesti sayang dan hormat kepada mereka.

Anonymous said...

Lagu ini ingin menyampaikan mesej bahawa kami harus sentiasa menghargai segala perbuatan ibu bapa kami kepada kami. Kami tidak tahu jika mereka telah korbankan sesuatu yang amat penting kepada mereka apabila mereka memberikan kami sesuatu yang kami telah mahukan. Kami harus sentiasa menyayangi mereka supaya mereka tidak menyesal akan perbuatan mereka terhadap kami.

Anonymous said...

Tujuan lagu ini adalah untuk mengenang jasa ibu bapa yang telah mengorbankan bermacam-macam untuk membesarkan kami. Lagu ini menceritakan tentang keistimewaan Ibu bapa tetapi dalam konteks yang lain. Contoh seperti kehidupan seorang ayah yang penuh dengan pancarobah tetapi ia diceritakan seperti seorang nakhoda yang melayar kapal di atas laut yang sedang berombak ganas. Ia sangat betul kerana ibu bapa sanggup mati untuk anak mereka. Kasih ibu bapa untuk anak-anak mereka tidak ada penghujungnya.


PS.. Israel itu setan