Monday, February 02, 2009

konflik keluarga



Berdasarkan klip video ini, jelaslah bahawa konflik dalam keluarga itu merupakan sesuatu yang lumrah. Pada pendapat kamu, apakah faktor-faktor yang boleh membantu mengelakkan konflik?

14 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya, faktor yang terpenting untuk mengelakkan konflik adalah belajar bertolak ansur. Yang tua mesti mengalah sahaja kepada yang lebih muda. Ini kerana, yang lebih muda selalunya inginkan apa yang terbaik untuk diri mereka dan tidak tahu cara berkongsi atau bergiliran.

Anonymous said...

Untuk mengelakkan konflik keluarga, anak- anak harus mendengar arahan-arahan ibubapa mereka and jangan menunjukkan sikap biadap terhadap mereka. Anak-anak harus sentiasa bersopan-santun kepada ibubapa mereka supaya mereka tidak akan marah dan akan gembira dan boleh mempercayai mereka.

Anonymous said...

Satu cara untuk megelakan konflik antara satu sama lain ialah berkomunikasi.Dengan berkomunikasi,tiada perselihan faham.Ini sangat penting untuk sebuah keluarga.Anak dan ibu bapa harus bertolak ansur untuk mengelakan masalah yang tidak diingini.

Anonymous said...

Secara keseluruhannya, antara cara yang terpenting untuk mengelakkan segala konflik dalam keluarga adalah setiap ahli keluarga harus saling bertolak ansur antara ahli keluarga. Kedua-dua pihak, yang ibu bapa mahupun anak-anak memainkan peranan penting bagi memastikan konflik keluarga tidak terjadi. Contohnya, anak-anak harus menghormati segala suruhan ibu bapanya, dan itu, akan melahirkan sikap hormat antara sesama sendiri. Dan ibu bapa, sebagai mereka yang lebih tua dan pernah menjadi seorang bubak, mengetahui bahawa mereka mahu dihormati jadi, mereka harus menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan bukan hanya kerja sahaja, kerena ia boleh menybabkan ank tersebut rasa yang dia tidak diberi perhatian yang secukupnya jadi hubungan mereka akan renggang.

Anonymous said...

Konflik dalam sesuatu keluarga itu sangat lumrah kerana kerana setiap ahli keluarga mempunyai pendapat, kemahuan dan cita rasa yang berbeza-beza. Perangai setiap ahli keluarga juga berlainan. Dengan itu, sudah tentulah ada banyak konflik di dalam keluarga kerana setiap ahli keluarga tidak sama.

Berdasarkan klip video ini, konflik dalam sebuah keluarga tercetus apabila ahli keluarga tidak mematuhi arahan ibu mereka. Dengan itu, haruslah kita belajar untuk mendengar supaya kita tidak biadap dengan ibubapa.

Pada pendapat saya, kita dapat mengelak dari konflik keluarga dengan mengamalkan sikap yang terbuka kepada seluruh keluarga. Kita haruslah belajar untuk bertolak ansur sebagai sesuatu keluarga yang bersatu. Selain daripada itu, kita harus memberi setiap ahli keluarga peluang untuk meluahkan rasa hati dan perasaan dalam diri mereka.

aHiTo said...

Pada hemat saya. kami harus bersikap berbagi-bagi atau bergiliran, dan selalu berkongsi bersama sesama ahli keluarga. Langkah-langkah ini agar tidak berlaku konflik seperti ditunjukkan didalam video itu. Juga sepatutnya ada berkomunikasi sesama keluarga agar. tambahan lagi, kita tidak harus ada tipu-helaan sesama keluarga seperti macammana pekan membuat kakaknya.


Iskandar

konstantin_hansel said...

Untuk mengelakkan konflik, kami harus belajar untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain. Untuk mengekalkan hubungan yang erat dalam keluarga, setiap orang harus sering berkomunikasi apa yang hendak dikatakan dengan bersopan santun dan hormat. Satu lagi faktor ialah untuk sering mengadakan lebih banyak aktiviti keluarga kerana ini akan menolong setiap ahli keluarga untuk memahami dan mengetahui tentang keluarga meraka dengan lebih mendalam.

Muz said...

Pada hemat saya, kepentingan keluarga meliputi segala aspek kehidupan seseorang. Pada siang hari, kita makan bersama-sama dengan keluarga dan pergi ke sekolah atau kerja bersama. Pada waktu petang, kita pulang rumah dan makan malam dengan keluarga. Apabila kita melakukan kerja rumah, kita kadang-kadang memerlukan pertolongan keluarga. Peranan keluarga amat besar kerana kita jumpa mereka pada setiap waktu. Peranan keluarga ialah untuk meneman setiap individu dan memberikan situasi yang baik untuk membesar. Terdapat banyak faktor-faktor yang dapat mengelakkan konflik dalam keluarga. Sebagai contoh, sesebuah keluarga dapat melakukan sesuatu aktiviti yang digemari oleh semua ahli keluarga. Dengan cara ini, ahli-ahli keluarga
dapat berasa seronok bersama-sama. Juga, sesebuah keluarga dapat menguntukkan masa untuk membincangkan masalah-masalah kehidupan. Dengan ini, keluarga akan lebih rapat dan konflik keluarga tidak dapat berlaku.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, untuk mengelakkan konflik antara ahli-ahli keluarga, ahli-ahli keluarga harus bersabar antara satu sama lain. Kanak-kanak dalam keluarga tersebut harus sentiasa patuh arahan ibubapa mereka untuk mengelakkan situasi seperti dalam video tersebut. Ibubapa pun harus berkomunikasi dengan anak mereka dengan jelas supaya tiada salah faham.

Anonymous said...

Konflik dalam keluarga itu sesuatu yang lumrah kerana, ia akan membuat keluarga tersebut akan terpisah.

Faktor-faktor yang boleh membantu mengelakkan konflik ialah, untuk komunikasi yang baik dan untuk lebih mendengar apa ahli keluarga, terutama ibu bapa kata.

mdaizat95 said...

Pada pendapat saya, untuk mengelak konflik kami harus mengeratkan tali silaturrahim, berhormat antara satu sama lain dan berpatuh kepada ibubapa. Kita mesti juga berkomunikasi dan bertolak ansur supaya tidak berselisih faham.

Anonymous said...

Jika kami mahu mengelakkan konlik antara keluarga, kami harus cuba untuk membuat perkara yang tidak akan menyedihkan atau menyakitkan hati ibu bapa atau adik-beradik. Sebagai seorang adik, saya tahu apa perkara yang dimurkai ibu bapa dan adik-beradik saya. Kami harus sentiasa tahu perkara yang tidak disukai oleh keluarga supaya konflik tidak akan berlangsung. Membuat perkara yang betul dapat mengelakkan konflik keluarga.

Anonymous said...

Pada pendapat saya faktor-faktor yang bole dilakukan ujntuk mengelak konflik adalah siafat mengalah kepada orang tua, hormay oran-orang yang lebih tua daripada kita dan saling berkomunikasi antara satu sama lain

Anonymous said...

Untuk mengelakkan konflik keluarga, setiap ahli keluarga harus bertolak ansur supaya apa-apa kesalah fahaman tidak akan berlaku. Ibubapa harus mengalah kepada anak-anak mereka dan tidak patut merajuk sampai hendak membunuh diri hanya kerana kesilapan yang kecil yang telah dibuat oleh anak seperti cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Anak pula patut mendengar perintah ibubapa dan tidak biadap kepada mereka supaya ibubapa tidak akan marah atau merajuk. Ini adalah beberapa faktor yang boleh digunakan untuk menjalinkan hubungan yang mesra antara ibubapa dan anak-anak.


Respect my Authority,
Sheikh Naufal