Monday, February 02, 2009

Terjalin kukuh

Berdasarkan filem Pensil, lagu "Bonda kusanjung, Ayah kuagung" dan klip video "batu belah batu bertangkup", sila huraikan kepentingan/fungsi keluarga dalam kehidupan seseorang.

konflik keluarga

Berdasarkan klip video ini, jelaslah bahawa konflik dalam keluarga itu merupakan sesuatu yang lumrah. Pada pendapat kamu, apakah faktor-faktor yang boleh membantu mengelakkan konflik?

Monday, March 24, 2008

bonda ku sanjung, ayah ku agung.

Apakah yang ingin disampaikan melalui lagu ini? Apakah mesej utamanya?

Tuesday, February 12, 2008

Kata Ganda penuh dan Kata Ganda Separa

Tuliskan sebuah cerita (kaum rekaan kamu) dengan menyelitkan kelima-lima kata ganda yang telah kamu pilih.

Pastikan setiap karangan mengikut format karangan (pembuka+4 isi + penutup).
Pilih jenis karangan yang kamu mahu (deskriptif/naratif/ekspositori.

Setiap karangan harus melebihi 180 perkataan.

Thursday, January 24, 2008

Jenis-jenis ayat: Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan sesuatu berita atau keterangan.

Contoh:
1) tarian Melayu popular di kalangan remaja.
2) Setiap tarian mempunyai pergerakan yang khusus.

Berdasarkan video tarian yang telah dimuatnaikkan, tarian yang telah kamu pilih, bina 6 ayat penyata tentang tarian kamu.

Akhiran Kata Nama -an

Akhiran -an yang bergabung dengan Kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas akan membentuk kata nama.

Contoh:

acu--> acuan
bulat--> bulatan
suruh--> suruhan

Cuba bina ayat untuk:
1) Fikiran
2) Ratusan

Akhiran Kata Kerja -kan dan -i

Contoh-contoh:

1) Tolong lebarkan lipatan kain ini.
2) Pergerakan tarian itu kami halusi.

Cuba bina ayat untuk menunjukkan makna:

1)dekatkan
2)dekati

Akhiran -kan menyatakan makna bahawa objek yang menerima kesan perbuatan dengan kata kerja apitan men..kan bergerak dari tempatnya ke arah lain, tetapi tidak ke arah subjek yang melakukan perbuatan itu.

contoh:
Ali mendekatkan meja ke dinding
Objek: meja
Perbuatan: mendekatkan
--> meja itu digerakkan ke arah dinding dan bukan Ali

Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai atau yang menerima kesan perbuatan dengan kata kerja berapitan men...i tidak bergerak.

Contoh:
Ali mendekati meja.
Objek: meja
Perbuatan: mendekati
--> ali yang bergerak ke arah meja, meja(objeknya) tidak bergerak

Bina ayat untuk menunjukkan perbezaan antara menerangkan dan menerangi.

Tuesday, January 22, 2008

Tarian Balai

Tarian Kuda Kepang

Sedikit sebanyak tentang tempat asalnya?

Tarian Kuda Kepang

Sedikit sebanyak tentang tempat asalnya?

Tarian Gemelan (BALI)

Tarian Makyong

Tarian Zapin

Latar belakang

Apakah latar belakang tarian yang kamu pilih?

1) asal-usul
2) negeri/kaum/budaya yang masih mempraktikkan tarian ini
3) jenis tarian apa (kategori mana)
4) cerita di sebalik tarian ini
5) jenis muzik yang mengiringi tarian ini

Cari video yang memaparkan tarian pilihan kamu, dan letakkan hasil kajian kamu di ruang komen pada video tertentu.

kerja pasangan

Secara berpasangan, pilih satu daripada jenis-jenis tarian Melayu.

Cari seberapa banyak maklumat yang kamu tahu tentang tarian ini beserta gambar, video yang memaparkan tarian tersebut.

Hasil kajian kamu akan digunakan untuk tugasan berikut:

1) Video untuk mempromosikan tarian tersebut kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai kelab tarian melayu

2) risalah untuk mempromosikan konsert tarian tersebut untuk para pengunjung esplanade.

Tarian Melayu

SENI TARI

Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.

Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
TARIAN ASLI
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
TARIAN ASYIK
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.

TARIAN AYAM DIDIK
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

TARIAN BALAI
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua

TARIAN SITI WAU BULAN
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

TARIAN CINTA SAYANG
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

TARIAN DABUS
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.

TARIAN GAMBUS
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.

TARIAN INAI
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

TARIAN JOGET
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.

TARIAN KUDA KEPANG
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.

TARIAN MAK INANG
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

Tarian Melayu.]

Wednesday, November 14, 2007

sekadar....

ini sekadar....
untuk membuang masa.
ini sekadar....
untuk menanti tiba waktunya....

adat meminang

Tuesday, January 16, 2007

pengalaman pengajaran mikro

selamat pagi semua!
ucapan permulaan memberi isyarat
senyuman terukir tatkala diberi hormat
dengan itu mulalah rakaman
manira bintang lakonan
akan cuba dibayangkan
beginilah yang sebenarnya
akan cuba ditunjukkan
manira berkeyakinan
manira guru impian

aktiviti telah dirancangkan
berbekalkan pengetahuan dan pengalaman
yang penting mereka tidak bosan
yang dimahukan mereka faham pengajaran
yang diharapkan tercapai metlamat yang dilakarkan
bersilir-ganti menjadi guru
diperhati setiap tingkah-laku
perasaan gementar hilang segera
melihat mereka penuh ghairah
beginiah yang diharapkan nanti
tatkala berada di dunia realiti

setiap yang mula ada akhirnya
tantap diduga tibalah masa
manira mengundur diri
dengan kebanggaan berputik di hati
mendengar ucapan "syabas!" di penghujung
menandakan kejayaan percubaan yang terulung

*manira=aku

-sang kancil-

Monday, January 15, 2007

apakah natijahnya nanti?

Adakah ini yang aku mahukan?
sekian lama mendamba impian
melalui perit jerih
demi menggenggam gulungan putih
Namun ...
Adakah ini yang benar-benar aku mahukan?
bertapak melangkah ke satu arah
arah yang terpilih
ke destinasi yang diidamkan
satu hala, tiada persinggahan
terus-menerus ke arah sebuah mimpi
berkat pengaruh dan inspirasi
yang berputik dari kecil lagi
Namun...
Adakah yang aku mahukan ini
benar-benar yang aku mahukan?
masih adakah aku pilihan?
bolehkah aku bertukar fikiran?
dilemma tidak henti kunjungnya
kecelaruan tiada terhingga
aku perlukan kekuatanMu
aku rindu mendengar pendapatmu
manakah keyakinan hari semalam?
memberi semangat mengejar mimpi
mimpi yang kini belum pasti...
akan menjadi realiti.

Apakah natijahnya nanti...
kalau aku berbalik hati?

-sang kancil-

Friday, October 20, 2006

tak kena.

serba tak kena

bila
cakap dikata lancang
diam dikata biadap
runsing aku dibuatnya
semua perkara tidak kena...

-sang kancil-

renungan...

renunganku

renunganku
tiada putus arusnya
tiada hala
tiada arah
apa sahaja yang datang menerpa
itulah menjadi santapan minda

sarinya
tidak kira kecil
tidak kira besar
tidak kira hubungkaitannya
tidak kira kerelevanannya
asal menjadi tanda tanya
itulah yang bermain di minda

kadangkala
hanya buat sejenak
adakala
berhari-hari di benak
renunganku
tidak ikut peraturan
datang perginya tanpa dugaan
tempoh kunjungannya tiada ketetapan
baik ada penyelesaian
atau tergantung tanpa kesimpulan
pentingnya telah menjadi sebuah renungan...

-sang kancil-

Tuesday, October 17, 2006

renunganku....

Bagaimanakah dapat aku sebagai guru menarik minat pelajar terhadap sastera?

Sememangnya semenjak di bangku sekolah rendah lagi, aku sudah mula berjinak-jinak dengan sastera tatkala berlumba-lumba menjawab pantun teka-teki yang diberi guruku. kemudian terbitlah minat untuk cuba menulis pantun 4 kerat. Tanpa disedari, aku mempelajari dan mula mendekati sastera tanpa mengetahui bentuk sastera itu. Dari pengalaman ini, maka aku benar-benar percaya bahawa cara yang terbaik untuk meminatkan pelajar terhadap sastera ialah dengan melakukanya secara tidak langsung... tanpa mereka ketahui yang apa yang meraka mempelajari, yang seronok dan menarik sebenarnya merupakan pengajaran sastera!

mungkin juga, aku boleh mendedahkan mereka pada jenis-jenis sastera yang mungkin telah mereka kenali dan rapat dengan diri mereka hanya mereka tidak sedar itu semua boleh digolongkan dalam "sastera". Tentunya, banyak tanggapan tentang sastera berligar pada sastera klasik dan pengajaran2 yang abstrak dan tidak relevan dengan diri mereka kini. Dan tanggapan sebegitu harus dibetulkan...kerana sememangnya sastera bukan hanya untuk yang "terpandai" dan "terpilih". Cthnya: drama, lirik lagu, komik dsbnya.

selalunya, jika murid-murid dapat melihat kerelevenan sesuatu perkara itu, mereka mungkin akan lebih tertarik. Salah satu cara ialah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kelas yang melibatkan mereka untuk menggunakan contoh-contoh yang mereka dapati dalam diri atau pengalaman mereka sendiri. Contohnya, jika membincangkan tentang watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera, mereka boleh cuba merenung tentang perwatakan kawan-kawan mereka dan kemudian meletakkan apa yang ditulis tentang perwatakan kawan-kawan lain ke dalam cawan individu masing-masing. Kemudian mereka harus melihat sama ada apa yang mereka sangkakan tentang diri mereka sama seperti apa yang ditulis rakan-rakan lain. Kemudian murid-murid boleh berkongsi dan memberi hujah mengapa mereka mengatakan sedemikian tentang rakan-rakan mereka. Dari sini mereka akan mempelajari bahawa perwatakan seseorang itu dilihat dari bukti-bukti kelakuannya. Akan diterangkan bahawa beginilah cara mereka mengkaji aspek watak dan perwatakan dalam teks sastera. dan seterusnya...

yg pentingnya, murid-murid harus dapat melihat bahawa aku sendiri benar-benar minat dengan sastera dan kesungguhanku mengajar mereka boleh menjadi sesuatu inspirasi yang dapat melembutkan hati mereka dan membuat mereka selesa berjinak-jinak dengan sastera.

Apakah bahan-bahan sastera yang dapat aku gunakan untuk merancakkan kelas sastera?

Bahan-bahan seperti video, lagu-lagu, permainan bahasa, buku besar, gambar-gambar, pelajaran di luar kelas, benda-benda alam semulajadi seperti daun, batu dsbnya; buku-buku cerita klasik, puisi dsbnya.

Aspek pembangunan diriku yang perlu dipupuk dan ditingkatkan melalui sastera untuk menyiapkan diriku sebagai guru sastera yang berinspirasi.

Aku harus mendedahkan diri kepada jenis-jenis sastera yang ada, baik moden dan klasik dan cuba menggabungjalinkan kedua-duanya semoga dapat digunakan untuk pengajaran kelak."contemporarise the classics". Ini bermaksud, aku harus rajin membaca teks-teks dan lebih bergiat dalam mencari dan mengumpul bahan-bahan.

Selain itu, aku juga harus sentiasa mencari kaedah-kaedah mengajar dengan sentiasa melihat dunia dari kaca mata murid-murid yang dalam usia remaja mereka. Setiap bahan yang aku ada, harus aku menganalisa cara pengajarannya gar dapat diterima para pelajar.

Pengetahunanku tentang sastera juga harus ditingkatkan demi mengajar dan menjawab soalan-soalan mereka kerana bagi yang baru didedahkan dengan sastera, pastinya banyak yang akan dipersoalkan.

Aku juga harus sentiasa mengemaskinikan pengetahunanku tentang perkembangan dunia remaja... industri perfileman, muzik dsbnya keran mungkin inilah yang akan menjadi bahan-bahan pengajaran sastera kelak.

-sang kancil-

Wednesday, October 11, 2006

zaman remaja...

Zaman Pancaroba

Berada di persimpangan
penuh permasalahan
persoalan demi persoalan
cabaran
datang bergiliran

Zaman pencarian
Pejuang identiti perseorangan
Demi penerimaan
Pengalaman
membentuk masa depan

zaman kekurangan
Penagih perhatian
Dahagakan penghargaan
Pemahaman
Kunci pendamaian

zaman pemberontakan
Protes kebiasaan
Pematangan fikiran
Pergelutan perasaan
Pedoman
bantu ke pangkalan

zaman remaja
zaman penuh pancaroba

-sang kancil-

Sunday, October 08, 2006

keindahan yg sementara

keindahan yang sementara

seronok dilihat
nyaman dirasa
namun
andainya tidak dijaga
mentelah tanpa diduga
fanalah akhirnya.

-sang kancil-

Wednesday, October 04, 2006

bermulanya ia di sini

semuanya bermula di sini
tidak di sana dan
bukan di situ

setiap yang berakhir
akan datang dari permulaan
yang di atas terpacak dari bawah

semuanya bermula di sini
kerana ia adalah tapak
sebuah bangunan cita-cita

semuanya bermula di sini
sebuah niat yang terbit
memenuhi sebuah kehendak

bukankah semuanya bermula di sini;
dari sekeping hati di sanubari?

-juffri supa'at-

sebuah puisi yang amat mudah difahami. sering menjadi peringatan akan pentingnya niat tatkala hendak melakukan sesuatu. niat sememangnya merupakan asas permulaan sesuatu yang ingin dilakukan. maka pada saat ini, bermulalah suatu usaha untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. insyallah melalui ruang ini, maka wujudlah seorang individu yang lebih prihatin akan penggunaan bahasa ibundanya. diharap melalui ruang inilah, akan diasah kebolehan untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi. melalui ruang ini, insyaallah tercapailah niat murni yang disemai...

-sang kancil-